Monday 25 July 2016

SABAR DAN REDHA

Ya Allah didiklah hati ini untuk sabar dan redha dengan takdirMu untuk ku, aku insan yang punya banyak dosa...selayaknya aku hadapi semua ini...terkadang aku alpa, betapa banyak nikmat yang telah Engkau kurniakan untuk ku...keluarga, pekerjaan, rumah tempat berteduh, sahabat yang setia dan memahami dan banyak lagi...masih tidak cukupkah????adakah hanya kerna pekerjaan ku ini tidak setimpal dengan kelulusan yang aku ada maka aku terus terusan merungut dan mengeluh????malu, sungguh memalukan...Dia yang mengaturkan segalanya untuk ku, kerna Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku...seharusnya aku bersyukur dan sentiasa bersangka baik padaNya...Ya Allah ampuni pendosa ini...aku akan tetap terus bersabar, berlapang dada dan redha. dan aku yakin dengan janjiNya kepada hambaNya yang bersabar...ku hanya dambakan redhaMu Ya Allah...



Saturday 8 August 2015

CADAR PATCHWORK CANTIK-CANTIK MURAH-MURAH...

Assalamualaikum w.b....

Lama benar dah tak update blog ni...walau tiada siapa yang membacanya tapi nak update jugak..in shaa Allah hajat di hati nak promote jugak blog ni...hihihi..

Pernah tengok cadar patchwork? Saya ada satu set cadar + 2 sarung bantal...dihadiahkan oleh sahabat sempena perkahwinan saya 10 tahun lalu..mak ai..lama dh usia cadar tu..tapiiiii..subhanallah ianya masih elok dan selesa digunakan..apa tidaknya cadar tu diperbuat dari kain kapas yang berkualiti dan harganya pun boleh tahan jugak..sebabnya saya pernah usha2 cadar berkenaan di Carefour Wangsa Maju (pada waktu itu 2005) dan di Giant Batu Caves..kebanyakannya diimport dari negara luar...

Sejak dua menjak ni cadar patchwork agak popular dijual secara online..saya pernah tengok iklan-iklan, FB page , blog yang menjual cadar patchwork yang harga mampu milik ni..dan saya juga dah melihatnya secara live..kikiikikik..kualiti kain dan jahitannya bagus, nampak kemas bila dibentangkan atas katil.senang nak kemaskan katil..kain tak panas dan in sha Allah selesa digunakan...meh sini saya belanja sekeping dua gambar cadar patchwork ni..


SET CADAR + 2 SARUNG BANTAL


Haaaa..macam mana? cantikkan???banyak lagi corak dan warna yang sangat ohsem..kat mana nak dapat ni?berapa harga set cadar ni?...kalau berminat boleh contact saya Nurdiana 013-944 7475..boleh terjah FB page Cadar Cantik Murah Murah untuk tengok beberapa lagi contoh corak cadar yang ada..

Kalau berminat jangan segan-segan nak contact saya PM/Whatsapp/Messanger di talian 013 944 7475 atau boleh jugak email pertanyaan anda ke email saya annursaffiya@gmail.com

CADAR CANTIK MURAH MURAH.....


Friday 7 March 2014

Makanan Tambahan : Penting ke????

Apa yang anda ambil sebagai makanan tambahan untuk kesihatan dalaman dan luaran??? Haaaa..salah satu makanan tambahan yang aku amalkan sekarang ialah vitamin dari Shaklee..bukan semua,ada laa dua tiga jenis yang aku makan.Vit B Commplex, Zinc, Herblax..sesetengah orang berpendapat Shaklee mahal.Memang la mahal kalau ngko beli sekali gus empat lima barang.Haaa..macam aku, aku beli sikit-sikit.Bulan ni beli B Complex, pastu bulan lain beli yang lain pulak.beli ikut keperluan dan kemampuan. Kenapa aku pilih Shaklee? Nanti google sendiri..hahahah..kan sekarang Shaklee dah femes..dah banyak blog wujud sebab nak jual shaklee ni.cer taip dalam google...haaa beratus-ratus blog jual shaklee.Aku jadi member bukan sebab nak niaga pun.jd member buleh beli dengan harga member,murah banyak ooo...jimat.kalau ada kawan-kawan yang nak beli shaklee,aku tolong belikan, tak ambik untung pun..bonus pun tak dapat.setakat beli dua tiga barang mana layak dapat bonus..hehehehe.kongsi-kongsi kebaikan dengan orang.kita rasa ok bila makan shaklee kita share la ngan kawan-kawan yang mana ada masalah lebih kurang macam kita..gitu..dulu ada jugak laaa try nak serius tapi macam tak boleh nak bagi komitmen pulak..dah la susah nak berinternet.lappy pun takde.ni pun aku pinjam en.nazri punya.dia kan outstation,en.nazri bukan buleh tengok bini dia duk ngadap lappy lelama..sedap jer dia sounddddd baikkk punya..hahaha..biarlah orang cakap aku banyak alasan..restu suami itu penting..kalau dia tak redha tak guna jugak duit berkepuk-kepuk..ye tak???.

Berbalik kepada supplement tadi. Sebenarnya penting untuk kita ambil makanan tambahan.Tak kira lah yang pemakanan sunnah ke, yang moden ke asalkan produk yang kita pilih tu selamat untuk dimakan dan halal..sayur dan buah yang kita makan kadang-kadang tak mencukupi untuk membekalkan keperluan zat yang diperlukan oleh badan kita. sebab tu laa kita perlukan makanan tambahan bagi mencukupkan kadar vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan agar sistem tubuh kita dapat berfungsi dengan lebih baik.

Jadi..buatlah pilihan yang tepat untuk kesejahteraan hidup kita dan keluarga. Jangan terlalu berkira untuk badan yang sihat ye...jangan lupa, pemakanan seimbang, minum air kosong secukupnya dan senaman juga penting tau..

B-Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*



Sharing is caring...love

Thursday 6 March 2014

MUSIM DEMAM

Assalamualaikum..lama sangat tak menjenguk blog ni..hari ni aku cuti.my handsome boy demam.terpaksa laa mohon cuti kecemasan.tak sampai hati nak suruh dia ke sekolah hari ni..abah pulak outstation lagi, iring student ke cameron highlands.si kecik saffiya nak jugak ke taska.tak bagi pergi tapi dia menangis-nangis nak pegi taska,seronok agaknya duk kat taska tu.

Cuaca sekarang masyaAllah sangat panas..sebab tu la ramai anak-anak yang demam.kat pejabat tu bergilir-gilir kawan-kawan yang ambik cuti kecemasan sebab anak-anak demam..ya Allah semoga keadaan ini tak berlanjutan untuk tempoh yang panjang..semoga ada rahmatMu ya Allah disebalik dugaan ini..turunkanlah hujan ya Allah,basahkanlah bumi Lipis ini dengan hujanMu..Ameen. Anak-anak kakak di kelantan, di terengganu pun demam silih berganti.

Untuk abang alif farhan,semoga cepat baik ye..

Thursday 20 February 2014

Derma Darah

Alhamdulillah...pada 18 Feb 2014 yang lepas telah tertunai hajat untuk menderma darah. Setelah sekian lama akhirmya ada rezeki untuk menderma darah. Pada mulanya agak takut-takut juga, tapi aku kuatkan semangat..hihi..nasib baik ada adik pelatih industri yang temankan aku. Kami sama-sama pergi mendaftar dan melalui ujian kelayakan sebagai penderma..so excited yet nervous...hahaha..and we passed the test...darah aku jenis A+..selepas ambil anak-anak sekolah dan hantar ke mereka ke kelas KAFA, lebih kurang jam 2.30 ptg aku dan linda ke dewan tempat di mana berlangsungnya kempen derma darah pemeriksaan kesihatan..huhuhuhu...berdebarrrrr sangat..nasib baik dapat misi comel yang tukang cucuk jarum nak ambik darah aku.fuhhhh...biasa laaa kena cucuk jarum...sakitttt.jarum besar lak tu.aku tak tengok pun masa dia cucuk tu..buat-buat tak sakit..senang jer misi comel tu cari urat darah aku,sekali cucuk dah ok..huhuu..350ml darah yang didermakan..ingatkan lama...rupanya sekejap jer..dalam 10 ke 15 minit jer nak penuhkan pek darah 350ml tu..lenguh jugak duk genggam-genggam tangan bagi darah jalan..haaaaa lepas dah selesai aku baring laaa kejap kan..dalam semint dua gitu..masa tu ok lagi.aku pun bangun dan berjalan ke tempat berehat dan minum.aku duduk dan mintak plaster ngan adik-adik pengajur program tu.nak lekat kat bekas jarum..aku mintak air milo,bila nak minum tiba-tiba rasa mual dan mata mula berpinar-pinar...alamakkkkk!!!! aku dah pening, kaki, tangan dah sejuk, muka pucat..macam mana nii????nasib baik ada katil sebelah tempat aku duduk.misi suruh aku baring dan tinggikan kaki..baru laaaaaa ok sikit..huhu panik jugak.memang rasa mual nak muntah.sempat minum seteguk jer air milo yang disediakan.lama jugak aku baring nak hilangkan pening tu..lepas 20 minit baring baru laaa aku bangun, duduk dan minum air milo aku tadi.alhamdulillah dah ok, dan aku agak lighting dalam dewan tu jugak salah satu faktor aku jadik pening hahahaha...bila dah ok kami balik ke ofis..risau jugak kot-kot aku pening la..tapi alhamdulillah everything getting better.masa tu jam 3.30 petang.aku rehat-rehat kat opis dan makan jajan yang kami dapat lepas derma darah tadi.Lapar wooo lepas derma darah...hahhaaa. Sebenarnya aku risau jugak takut pening berulang lagi sebab nanti nak pergi ambik anak-anak kat sekolah dan perlu memandu kereta sendiri.en.nazri outstation for 3 days lagi minggu ni..sob..sob..sob..pandu kereta perlahan-lahan jer hari tu..dan alhamdulillah aku dan anak-anak selamat sampai ke rumah..pengalaman yang sangat berharga bagi tahun 2014.semoga ada rezeki lagi untuk menderma darah pada masa akan datang..




Wednesday 29 January 2014

Cerita Ku

Assalamualaikum..alhamdulillah hari ini masih diberi nafas olehNya untuk meneruskan kelangsungan hidup di bumi yang indah dan nyaman...kuala lipis.Subhanallah cuaca pagi ini agak sejuk dan mendung..pagi ini aku menghantar anak-anak ke sekolah.en.nazri outstation lagi.menyelia praktikum anak-anak didiknya di Lancahang dan Indera Mahkota.in sha Allah hari ini en.nazri akan balik.makanya semalaman lah tanpa en.nazri.sudah menjadi kebiasaan bagi aku dan anak-anak ditinggalkan kerana tuntutan tugas en.nazri.


Bercerita berkenaan selalu ditinggal-tinggalkan ni,aku sebagai isteri en.nazri dah lali sebenarnya.sejak awal perkahwinan lagi sering ditinggal-tinggalkan oleh en.nazri.kerana tuntutan tugas beliau sebagai pendidik.kursus,mesyuarat,mengiringi pelajar dan macam-macam lagi.dan sepanjang hampir 9 tahun usia perkahwinan kami,sudah 3 kali kami menjadi 'weekend husband&wife'.subhanallah Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.kami menerima perjalanan takdir kami dengan hati terbuka dan penuh kesabaran.


Episod "weekend h&w" bermula pada tahun 2006.selepas melahirkan anak sulung kami pada penghujung Nov 2005, aku mendapat tawaran sebagai guru di sebuah sekolah menengah  swasta di Kota Bharu.Atas sokongan suami dan keluarga aku menerima tawaran tersebut. So, tinggallah aku dan anak di rumah ibu bapaku di kampung manakala en.nazri meneruskan khidmatnya di Bentong.Aku bernasib baik kerana tinggal bersama ibu bapa.Anak di hantar ke rumah pengasuh yang juga ibu saudara kepada en.nazri.pengalaman menjadi guru nanti akan aku ceritakan dalam entri yang lain.

Oleh kerana komitmen guru di sekolah swasta ini sangat berbeza dengan guru sekolah kerajaan, en.nazri menyarankan kepada isterinya ini agar tidak meneruskan khidmat di sekolah tersebut untuk tahun-tahun seterusnya.Setelah sesi persekolahan tahun 2006 berakhir, aku telah menghantar permohonan perletakan jawatan dan kembali semula ke Bentong menjadi suri rumah sepenuh masa.

Pada pertengahan tahun 2008 aku telah menerima tawaran pekerjaan yang sedang aku sandang sekarang. Sekali lagi aku dan anak-anak(masa ni anak dah 2 orang)terpaksa berpisah dengan en.nazri.Alhamdulillah my first posting was at Kok Lanas, Kelantan.Tapi untuk kali ini aku tinggal bersama kedua-dua mertuaku.Sepanjang tempoh PJJ ini, en.nazri telah 3 kali memohon pertukaran balik ke Kelantan, tapi tidak diluluskan atas alasan tiada kekosongan guru di Kelantan.Kebetulan pada waktu itu Kementerian Pengajian Tinggi telah menawarkan opsyen kepada staf sokongan untuk memilih pihak berkuasa melantik sama ada kekal di bawah SPP atau memilih untuk lantikan SPA.Setelah berbincang dengan en.nazri dan membuat tinjauan kekosongan jawatan aku di Bentong, maka aku telah menerima opsyen kekal di bawah lantikan SPP dan memohon bertukar ke daerah Bentong semula.Penghujung tahun 2009 aku telah kembali semula ke daerah Bentong.

Pada penghujung tahun 2012, en.nazri telah menerima tawaran kenaikan pangkat dan ditukarkan ke Kuala Lipis berkuat .Alhamdulillah atas rezeki Mu Ya Allah.Jadi kembali lah kami menjadi 'weekend H&W' buat kali ke 3. Kali ini anak kami dah bertambah menjadi 3 orang.Nasib baik juga ditukarkan ke Kuala Lipis, jaraknya taklah jauh sangat dan masih boleh balik ke Bentong bila-bila masa jika ada kecemasan. Maka tinggallah aku dan anak-anak meneruskan hidup kami di Bentong.Agak mencabar juga menguruskan 2 anak yang bersekolah dan seorang anak yang masih kecil seorang diri.Mujurnya aku tinggal di kuarters berdekatan dengan pejabat dan sekolah anak-anak pula hanya bersebelahan pejabat tempat aku bertugas. Rumah pengasuh si kecik pula hanya blok bersebelahan dengan blok yang aku duduk dan beliau adalah isteri kepada rakan sepejabatku.Terima kasih Ya Allah kerana dipermudahkan urusan ku walau bersendirian menguruskan keluarga kecil ini.Dan Alhamdulillah setelah 3 kali memohon untuk pertukaran ke Kuala Lipis, akhirnya pada 10 Oktober 2013 permohonanku akhirnya diluluskan. Aku memulakan tugas di Kuala Lipis pada 1 November 2013.Dan kini kami bersama kembali.

Sepanjang episod-episod tersebut, banyak dugaan dan tekanan yang kami hadapi.Dan Alhamdulillah kami berjaya harungi dengan penuh kesabaran.Apa pun situasi yang melanda sebagai suami isteri harus saling percaya,memahami dan menyokong antara satu sama lain.Kepada Allah jua kami sandarkan segala-galanya.Syukur pada Mu Ya Allah kerana memilih kami untuk menerima ujianMu ini...


IMAGE FROM MR.GOOGLE

Monday 27 January 2014

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-3

my sweet little princess fiya
28.01.2014 Happy Birthday to my sweet little princess Nurul Ain Saffiya bt Muhamad Nazri..you're 3 years old now..how time flies so fast..Ooo Allah,please grant my little princess your bless, your love.mama loves you so much.so do your abah, sister and your big brother..