Wednesday 29 January 2014

Cerita Ku

Assalamualaikum..alhamdulillah hari ini masih diberi nafas olehNya untuk meneruskan kelangsungan hidup di bumi yang indah dan nyaman...kuala lipis.Subhanallah cuaca pagi ini agak sejuk dan mendung..pagi ini aku menghantar anak-anak ke sekolah.en.nazri outstation lagi.menyelia praktikum anak-anak didiknya di Lancahang dan Indera Mahkota.in sha Allah hari ini en.nazri akan balik.makanya semalaman lah tanpa en.nazri.sudah menjadi kebiasaan bagi aku dan anak-anak ditinggalkan kerana tuntutan tugas en.nazri.


Bercerita berkenaan selalu ditinggal-tinggalkan ni,aku sebagai isteri en.nazri dah lali sebenarnya.sejak awal perkahwinan lagi sering ditinggal-tinggalkan oleh en.nazri.kerana tuntutan tugas beliau sebagai pendidik.kursus,mesyuarat,mengiringi pelajar dan macam-macam lagi.dan sepanjang hampir 9 tahun usia perkahwinan kami,sudah 3 kali kami menjadi 'weekend husband&wife'.subhanallah Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.kami menerima perjalanan takdir kami dengan hati terbuka dan penuh kesabaran.


Episod "weekend h&w" bermula pada tahun 2006.selepas melahirkan anak sulung kami pada penghujung Nov 2005, aku mendapat tawaran sebagai guru di sebuah sekolah menengah  swasta di Kota Bharu.Atas sokongan suami dan keluarga aku menerima tawaran tersebut. So, tinggallah aku dan anak di rumah ibu bapaku di kampung manakala en.nazri meneruskan khidmatnya di Bentong.Aku bernasib baik kerana tinggal bersama ibu bapa.Anak di hantar ke rumah pengasuh yang juga ibu saudara kepada en.nazri.pengalaman menjadi guru nanti akan aku ceritakan dalam entri yang lain.

Oleh kerana komitmen guru di sekolah swasta ini sangat berbeza dengan guru sekolah kerajaan, en.nazri menyarankan kepada isterinya ini agar tidak meneruskan khidmat di sekolah tersebut untuk tahun-tahun seterusnya.Setelah sesi persekolahan tahun 2006 berakhir, aku telah menghantar permohonan perletakan jawatan dan kembali semula ke Bentong menjadi suri rumah sepenuh masa.

Pada pertengahan tahun 2008 aku telah menerima tawaran pekerjaan yang sedang aku sandang sekarang. Sekali lagi aku dan anak-anak(masa ni anak dah 2 orang)terpaksa berpisah dengan en.nazri.Alhamdulillah my first posting was at Kok Lanas, Kelantan.Tapi untuk kali ini aku tinggal bersama kedua-dua mertuaku.Sepanjang tempoh PJJ ini, en.nazri telah 3 kali memohon pertukaran balik ke Kelantan, tapi tidak diluluskan atas alasan tiada kekosongan guru di Kelantan.Kebetulan pada waktu itu Kementerian Pengajian Tinggi telah menawarkan opsyen kepada staf sokongan untuk memilih pihak berkuasa melantik sama ada kekal di bawah SPP atau memilih untuk lantikan SPA.Setelah berbincang dengan en.nazri dan membuat tinjauan kekosongan jawatan aku di Bentong, maka aku telah menerima opsyen kekal di bawah lantikan SPP dan memohon bertukar ke daerah Bentong semula.Penghujung tahun 2009 aku telah kembali semula ke daerah Bentong.

Pada penghujung tahun 2012, en.nazri telah menerima tawaran kenaikan pangkat dan ditukarkan ke Kuala Lipis berkuat .Alhamdulillah atas rezeki Mu Ya Allah.Jadi kembali lah kami menjadi 'weekend H&W' buat kali ke 3. Kali ini anak kami dah bertambah menjadi 3 orang.Nasib baik juga ditukarkan ke Kuala Lipis, jaraknya taklah jauh sangat dan masih boleh balik ke Bentong bila-bila masa jika ada kecemasan. Maka tinggallah aku dan anak-anak meneruskan hidup kami di Bentong.Agak mencabar juga menguruskan 2 anak yang bersekolah dan seorang anak yang masih kecil seorang diri.Mujurnya aku tinggal di kuarters berdekatan dengan pejabat dan sekolah anak-anak pula hanya bersebelahan pejabat tempat aku bertugas. Rumah pengasuh si kecik pula hanya blok bersebelahan dengan blok yang aku duduk dan beliau adalah isteri kepada rakan sepejabatku.Terima kasih Ya Allah kerana dipermudahkan urusan ku walau bersendirian menguruskan keluarga kecil ini.Dan Alhamdulillah setelah 3 kali memohon untuk pertukaran ke Kuala Lipis, akhirnya pada 10 Oktober 2013 permohonanku akhirnya diluluskan. Aku memulakan tugas di Kuala Lipis pada 1 November 2013.Dan kini kami bersama kembali.

Sepanjang episod-episod tersebut, banyak dugaan dan tekanan yang kami hadapi.Dan Alhamdulillah kami berjaya harungi dengan penuh kesabaran.Apa pun situasi yang melanda sebagai suami isteri harus saling percaya,memahami dan menyokong antara satu sama lain.Kepada Allah jua kami sandarkan segala-galanya.Syukur pada Mu Ya Allah kerana memilih kami untuk menerima ujianMu ini...


IMAGE FROM MR.GOOGLE

No comments:

Post a Comment