Wednesday 29 January 2014

Cerita Ku

Assalamualaikum..alhamdulillah hari ini masih diberi nafas olehNya untuk meneruskan kelangsungan hidup di bumi yang indah dan nyaman...kuala lipis.Subhanallah cuaca pagi ini agak sejuk dan mendung..pagi ini aku menghantar anak-anak ke sekolah.en.nazri outstation lagi.menyelia praktikum anak-anak didiknya di Lancahang dan Indera Mahkota.in sha Allah hari ini en.nazri akan balik.makanya semalaman lah tanpa en.nazri.sudah menjadi kebiasaan bagi aku dan anak-anak ditinggalkan kerana tuntutan tugas en.nazri.


Bercerita berkenaan selalu ditinggal-tinggalkan ni,aku sebagai isteri en.nazri dah lali sebenarnya.sejak awal perkahwinan lagi sering ditinggal-tinggalkan oleh en.nazri.kerana tuntutan tugas beliau sebagai pendidik.kursus,mesyuarat,mengiringi pelajar dan macam-macam lagi.dan sepanjang hampir 9 tahun usia perkahwinan kami,sudah 3 kali kami menjadi 'weekend husband&wife'.subhanallah Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.kami menerima perjalanan takdir kami dengan hati terbuka dan penuh kesabaran.


Episod "weekend h&w" bermula pada tahun 2006.selepas melahirkan anak sulung kami pada penghujung Nov 2005, aku mendapat tawaran sebagai guru di sebuah sekolah menengah  swasta di Kota Bharu.Atas sokongan suami dan keluarga aku menerima tawaran tersebut. So, tinggallah aku dan anak di rumah ibu bapaku di kampung manakala en.nazri meneruskan khidmatnya di Bentong.Aku bernasib baik kerana tinggal bersama ibu bapa.Anak di hantar ke rumah pengasuh yang juga ibu saudara kepada en.nazri.pengalaman menjadi guru nanti akan aku ceritakan dalam entri yang lain.

Oleh kerana komitmen guru di sekolah swasta ini sangat berbeza dengan guru sekolah kerajaan, en.nazri menyarankan kepada isterinya ini agar tidak meneruskan khidmat di sekolah tersebut untuk tahun-tahun seterusnya.Setelah sesi persekolahan tahun 2006 berakhir, aku telah menghantar permohonan perletakan jawatan dan kembali semula ke Bentong menjadi suri rumah sepenuh masa.

Pada pertengahan tahun 2008 aku telah menerima tawaran pekerjaan yang sedang aku sandang sekarang. Sekali lagi aku dan anak-anak(masa ni anak dah 2 orang)terpaksa berpisah dengan en.nazri.Alhamdulillah my first posting was at Kok Lanas, Kelantan.Tapi untuk kali ini aku tinggal bersama kedua-dua mertuaku.Sepanjang tempoh PJJ ini, en.nazri telah 3 kali memohon pertukaran balik ke Kelantan, tapi tidak diluluskan atas alasan tiada kekosongan guru di Kelantan.Kebetulan pada waktu itu Kementerian Pengajian Tinggi telah menawarkan opsyen kepada staf sokongan untuk memilih pihak berkuasa melantik sama ada kekal di bawah SPP atau memilih untuk lantikan SPA.Setelah berbincang dengan en.nazri dan membuat tinjauan kekosongan jawatan aku di Bentong, maka aku telah menerima opsyen kekal di bawah lantikan SPP dan memohon bertukar ke daerah Bentong semula.Penghujung tahun 2009 aku telah kembali semula ke daerah Bentong.

Pada penghujung tahun 2012, en.nazri telah menerima tawaran kenaikan pangkat dan ditukarkan ke Kuala Lipis berkuat .Alhamdulillah atas rezeki Mu Ya Allah.Jadi kembali lah kami menjadi 'weekend H&W' buat kali ke 3. Kali ini anak kami dah bertambah menjadi 3 orang.Nasib baik juga ditukarkan ke Kuala Lipis, jaraknya taklah jauh sangat dan masih boleh balik ke Bentong bila-bila masa jika ada kecemasan. Maka tinggallah aku dan anak-anak meneruskan hidup kami di Bentong.Agak mencabar juga menguruskan 2 anak yang bersekolah dan seorang anak yang masih kecil seorang diri.Mujurnya aku tinggal di kuarters berdekatan dengan pejabat dan sekolah anak-anak pula hanya bersebelahan pejabat tempat aku bertugas. Rumah pengasuh si kecik pula hanya blok bersebelahan dengan blok yang aku duduk dan beliau adalah isteri kepada rakan sepejabatku.Terima kasih Ya Allah kerana dipermudahkan urusan ku walau bersendirian menguruskan keluarga kecil ini.Dan Alhamdulillah setelah 3 kali memohon untuk pertukaran ke Kuala Lipis, akhirnya pada 10 Oktober 2013 permohonanku akhirnya diluluskan. Aku memulakan tugas di Kuala Lipis pada 1 November 2013.Dan kini kami bersama kembali.

Sepanjang episod-episod tersebut, banyak dugaan dan tekanan yang kami hadapi.Dan Alhamdulillah kami berjaya harungi dengan penuh kesabaran.Apa pun situasi yang melanda sebagai suami isteri harus saling percaya,memahami dan menyokong antara satu sama lain.Kepada Allah jua kami sandarkan segala-galanya.Syukur pada Mu Ya Allah kerana memilih kami untuk menerima ujianMu ini...


IMAGE FROM MR.GOOGLE

Monday 27 January 2014

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-3

my sweet little princess fiya
28.01.2014 Happy Birthday to my sweet little princess Nurul Ain Saffiya bt Muhamad Nazri..you're 3 years old now..how time flies so fast..Ooo Allah,please grant my little princess your bless, your love.mama loves you so much.so do your abah, sister and your big brother..

Apabila Anak Meragam

Assalamualaikum.alhamdulillah masih bernafas lagi hari ini..subhanallah, cuaca sangat sejuk seminggu dua ni..sementelah di dalam pejabat berhawa dingin..masyaa Allah sejuknya hingga ke tulang.

Awal pagi tadi bersungguh-sungguh aku "menggoogle" resepi buat donut.tetiba nak buat donut untuk sarapan pagi anak-anak dan suami. resepi sedia ada macam tak lengkap pulak.tak ditulis cara nak buat..gigihlah aku "menggoogle" resepi donut paling mudah.ye laaaa, dah pukul 5 pagi baru terhegeh-hegeh nak cari resepi.semua bahan yang diperlukan dah ada so..berpencak silat laaa aku kat dapur menggaul adunan donut sambil-sambil mata mengerling jam.Alhamdulillah siap mengadun donut dalam tempoh yang ditetapkan dan masih ada masa untuk donut itu mengembang seperti yang ditulis dalam resepi..resepi donut gebu mudah dan simple dirujuk di blog ini dapur-mamasya.blogspot.com..thanks. gambar donut tak sempat nak snap akibat nak cepat...jadiklah donutball untuk sarapan dan sedikit bekalan untuk anak ke sekolah.

anak bongsu aku sikecik saffiya tu bangun awal la pulak pagi ni,kalau dah bangun awal tu memang laaa dia akan mandi..siap mandi, dia request nak pakai baju kartun despicable.ok fine takde masalah sebab baju tu ada.yang menjadi masalah nya dia nak pakai seluar merah yang dia dah pakai semalam,,,huhuuhuu..haru biru jadiknya.jam dah 7.30pg. tudung pun tak aku tak pakai-pakai lagi..alaahai anak..pepagi dah buat mama berpeluh ketiak..pujuk-pujuk tak jadik..aku keraskan sikit suara..apalagiii menangis laaa sikecik tu..hahahhaaa..lastly dia mengalah,pakai jugak seluar lain..ambil semua beg,baju, buku KAFA anak-anak, terus laa ku pecut...syokkk bawa kereta..alamak!!!!tertinggal botol susu sikecik tu la pulak.nak patah balik dah laambat sangat dahh.bagitau laaa kat sikecik tu botol dia tertinggal kat rumah.nasib baik dia ok jer,hihihihi..alahaiiii..macam-macam kalau dah anak meragam...nasib baik tak merah thumbprint..donutball aku pun sempat mkn sebijik masa nak test rasa lepas goreng tadi...apa pun happy sebab dapat berjaya buat donut dalam masa yang sangat singkat..huhuhuhuu.



Thursday 23 January 2014

Salam Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum dan salam jumaat.alhamdulillah hari ini ada sedikit kelapangan untuk berkongsi cerita di alam maya ini.hari ini datang ke pejabat bersama en.nazri my beloved hubby.dapatlah bersama-sama menghantar anak-anak ke sekolah dan ke taska.biasanya pergi kerja berasingan walaupun kami bekerja di tempat yang sama..hikhikhik..ye laa..kadang2 si kecik saffiya buat hal pepagi. en.suami hantar anak-anak ke sekolah, jadi kenalah keluar awal pagi.anak-anak pun seronok jer pagi ni mama dan abah hantar diaorang pergi sekolah.en.suami ku pensyarah, aku kerani..di tempat yang sama..ada jugak yang bertanya kenapa datang asing-asing?hihiihii..i segan sebenarnya nak berkepit ngan en.suami..maklumlah aku baru jer berpindah ke sini.tak ramai yang tahu aku ni isteri kepada en.nazri abd rahman pensyarah jab.sains matematik kt ipg ni..hikhikhik..kadang-kadang jer kami datang kerja bersama..kadang-kadang tu en.suami ada kerja selepas kerja,so jalan terbaik adalah datang berasingan..tengahari turn aku jemput anak-anak pulang dari sekolah dan hantar mereka ke kelas KAFA.waktu pulang KAFA en.suami pulak yang menjemput mereka..setakat ni hari jumaat adalah hari yang kami datang bersama-sama ke pejabat...sekali sekala nak ubah angin..baru lah ceria hidup ini...betul tak????




imej from google







Tuesday 21 January 2014

assalamualaikum w.b.t..alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk berkongsi cerita di dalam jurnal maya ini.
alhamdulillah semalam selesai sudah proses jual beli tanah dan proses tukar nama tanah.terima kasih kepada suami yang menghadiahkan tanah tersebut kepadaku..beliau yang bayarkan harga tanah tersebut dan dengan berbesar hati meletakkan nama aku sebagai pemilik tanah tersebut. in sha Allah tahun ini kami akan membina sebuah rumah di tempat kami mencari rezeki ini...di bumi kuala lipis..selepas melalui proses pertukaran nama pemilik tanah, baru ku tahu sangat senang rupanya proses tukar nama pemilik tanah.borang yang kami perlu isi adalah borang 14A dan borang PDS(kalau tak silap).pemilik asal perlu bawa geran tanah asal dan resit cukai tanah.borang 14A perlu ditandatangan dihadapan pentadbir tanah.selepas itu, borang yang telah ditandatangan perlu dibuat salinan dan diserahkan ke bahagian hasil bagi permohonan penilaian sebelum tanah yang telah dipindah milik boleh didaftarkan.tempoh penilaian dari pejabat tanah adalah lebih kurang 2 minggu.selepas itu, pihak pejabat tanah akan menghantar surat makluman berkenaan penilaian tanah yang telah dibeli.barulah boleh didaftarkan dan baru boleh dapat geran baru atas nama pemilik baru.nilai cukai setem yang perlu dibayar adalah 1% dari nilai tanah.

semasa bersembang-sembang dengan tn.hj azmi,org yang menjual tanahnya kepada kami,beliau sempat berkongsi pengalaman-pengalaman beliau dalam urusan jual-beli tanah.menurut beliau,dalam urusan jual beli tanah ni kita kena berhati-hati.jangan main setuju jer.kena tengok keluasan tanah yang nk dibeli tu betul-betul seperti yang ditawarkan,ada masuk tanah orang ke tak,termasuk tanah yang diambil alih atau tak..kalau banyak sangat masalah adalah lebih baik jangan diteruskan hajat nak beli tu.nanti banyak masalah yang bakal timbul kelak.apa yang dikongsi oleh tn.hj azmi itu memang benar.cerita-cerita yang dikongsi beliau banyak memberi kesedaran dan akan kami ambil iktibar dan panduan.terima kasih kepada tn.hj azmi kerana sudi menjualkan tanah kepada kami dengan harga yang dipersetujui bersama.alhamdulillah.semoga proses seterusnya berjalan lancar dan dipermudahkan...

imej from mr.google(thank you)


Sunday 19 January 2014

salam perkenalan

assalamualaikum..alhamdulillah wa syukurillah..Allahu Akbar 3x..masih diberi nafas hingga ke hari ini.semoga hari ini lebih baik dari hari-hari semalam in sha Allah..6 Januari 2014, genap usiaku 34 tahun..subhanallah,alhamdulillah di atas nikmat kesihatan yang Engkau berikan kepadaku ya Allah..makin usia bertambah, makin dekat rasanya dengan kematian.ya, mati itu pasti.semoga Allah mengampuni dosa-dosa hambaNya ini.

"Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu..Ampunkan dosa ku terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar."

Sebenarnya, banyak benda yang nak dibuat dan nak dicapai sepanjang tahun 2014. semoga dipermudahkan Allah semua urusan dunia..dan semestinya urusan di akhirat nanti.2 dari 3 anak dah bersekolah, alhamdulillah. kakak dah darjah 3 dan abang dah masuk darjah 1.si adik, tanggal 28 januari 2014 nanti usianya genap 3 tahun.alhamdulillah...terasa cepat masa berlalu.semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada kami untuk mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.



imej copy from: http://www.resepirahsiaku.com/

setakat ini sahaja untuk kali ini ini..in sha Allah semoga Allah memberi kelapangan waktu untuk aku menulis lagi.. wassalam.