Friday 7 March 2014

Makanan Tambahan : Penting ke????

Apa yang anda ambil sebagai makanan tambahan untuk kesihatan dalaman dan luaran??? Haaaa..salah satu makanan tambahan yang aku amalkan sekarang ialah vitamin dari Shaklee..bukan semua,ada laa dua tiga jenis yang aku makan.Vit B Commplex, Zinc, Herblax..sesetengah orang berpendapat Shaklee mahal.Memang la mahal kalau ngko beli sekali gus empat lima barang.Haaa..macam aku, aku beli sikit-sikit.Bulan ni beli B Complex, pastu bulan lain beli yang lain pulak.beli ikut keperluan dan kemampuan. Kenapa aku pilih Shaklee? Nanti google sendiri..hahahah..kan sekarang Shaklee dah femes..dah banyak blog wujud sebab nak jual shaklee ni.cer taip dalam google...haaa beratus-ratus blog jual shaklee.Aku jadi member bukan sebab nak niaga pun.jd member buleh beli dengan harga member,murah banyak ooo...jimat.kalau ada kawan-kawan yang nak beli shaklee,aku tolong belikan, tak ambik untung pun..bonus pun tak dapat.setakat beli dua tiga barang mana layak dapat bonus..hehehehe.kongsi-kongsi kebaikan dengan orang.kita rasa ok bila makan shaklee kita share la ngan kawan-kawan yang mana ada masalah lebih kurang macam kita..gitu..dulu ada jugak laaa try nak serius tapi macam tak boleh nak bagi komitmen pulak..dah la susah nak berinternet.lappy pun takde.ni pun aku pinjam en.nazri punya.dia kan outstation,en.nazri bukan buleh tengok bini dia duk ngadap lappy lelama..sedap jer dia sounddddd baikkk punya..hahaha..biarlah orang cakap aku banyak alasan..restu suami itu penting..kalau dia tak redha tak guna jugak duit berkepuk-kepuk..ye tak???.

Berbalik kepada supplement tadi. Sebenarnya penting untuk kita ambil makanan tambahan.Tak kira lah yang pemakanan sunnah ke, yang moden ke asalkan produk yang kita pilih tu selamat untuk dimakan dan halal..sayur dan buah yang kita makan kadang-kadang tak mencukupi untuk membekalkan keperluan zat yang diperlukan oleh badan kita. sebab tu laa kita perlukan makanan tambahan bagi mencukupkan kadar vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan agar sistem tubuh kita dapat berfungsi dengan lebih baik.

Jadi..buatlah pilihan yang tepat untuk kesejahteraan hidup kita dan keluarga. Jangan terlalu berkira untuk badan yang sihat ye...jangan lupa, pemakanan seimbang, minum air kosong secukupnya dan senaman juga penting tau..

B-Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*



Sharing is caring...love

No comments:

Post a Comment