Thursday 20 February 2014

Derma Darah

Alhamdulillah...pada 18 Feb 2014 yang lepas telah tertunai hajat untuk menderma darah. Setelah sekian lama akhirmya ada rezeki untuk menderma darah. Pada mulanya agak takut-takut juga, tapi aku kuatkan semangat..hihi..nasib baik ada adik pelatih industri yang temankan aku. Kami sama-sama pergi mendaftar dan melalui ujian kelayakan sebagai penderma..so excited yet nervous...hahaha..and we passed the test...darah aku jenis A+..selepas ambil anak-anak sekolah dan hantar ke mereka ke kelas KAFA, lebih kurang jam 2.30 ptg aku dan linda ke dewan tempat di mana berlangsungnya kempen derma darah pemeriksaan kesihatan..huhuhuhu...berdebarrrrr sangat..nasib baik dapat misi comel yang tukang cucuk jarum nak ambik darah aku.fuhhhh...biasa laaa kena cucuk jarum...sakitttt.jarum besar lak tu.aku tak tengok pun masa dia cucuk tu..buat-buat tak sakit..senang jer misi comel tu cari urat darah aku,sekali cucuk dah ok..huhuu..350ml darah yang didermakan..ingatkan lama...rupanya sekejap jer..dalam 10 ke 15 minit jer nak penuhkan pek darah 350ml tu..lenguh jugak duk genggam-genggam tangan bagi darah jalan..haaaaa lepas dah selesai aku baring laaa kejap kan..dalam semint dua gitu..masa tu ok lagi.aku pun bangun dan berjalan ke tempat berehat dan minum.aku duduk dan mintak plaster ngan adik-adik pengajur program tu.nak lekat kat bekas jarum..aku mintak air milo,bila nak minum tiba-tiba rasa mual dan mata mula berpinar-pinar...alamakkkkk!!!! aku dah pening, kaki, tangan dah sejuk, muka pucat..macam mana nii????nasib baik ada katil sebelah tempat aku duduk.misi suruh aku baring dan tinggikan kaki..baru laaaaaa ok sikit..huhu panik jugak.memang rasa mual nak muntah.sempat minum seteguk jer air milo yang disediakan.lama jugak aku baring nak hilangkan pening tu..lepas 20 minit baring baru laaa aku bangun, duduk dan minum air milo aku tadi.alhamdulillah dah ok, dan aku agak lighting dalam dewan tu jugak salah satu faktor aku jadik pening hahahaha...bila dah ok kami balik ke ofis..risau jugak kot-kot aku pening la..tapi alhamdulillah everything getting better.masa tu jam 3.30 petang.aku rehat-rehat kat opis dan makan jajan yang kami dapat lepas derma darah tadi.Lapar wooo lepas derma darah...hahhaaa. Sebenarnya aku risau jugak takut pening berulang lagi sebab nanti nak pergi ambik anak-anak kat sekolah dan perlu memandu kereta sendiri.en.nazri outstation for 3 days lagi minggu ni..sob..sob..sob..pandu kereta perlahan-lahan jer hari tu..dan alhamdulillah aku dan anak-anak selamat sampai ke rumah..pengalaman yang sangat berharga bagi tahun 2014.semoga ada rezeki lagi untuk menderma darah pada masa akan datang..




No comments:

Post a Comment